Assalamualaikum, aku tak tahu lah apa yang aku rasakan sekarang ni. kekadang sakit hati dan disebaliknya. sakit hati sebab tak ada orang faham apa yang kita rasa tapi bila mereka buat kat kita,mereka buat tak tahu pulak tapi waktu kita buat kat mereka,tahu pulak nak ungkit semua. manusia macam ni aku tak faham langsung dengan perangai mereka. ada jugak yang suka tikam kita daripada belakang. depan kita bukan main lagi puji bagai semua tapi belakang kita burukkan kita dan mencari kesalahan kita,lagi-lagi menambahkan cerita yang entah apa2 ..kalau nak perhatian pun agak2 lah sikit..kau tak malu ke jadi talam bermuka2 ni..kenapa kau nak buat orang jelik dengan perangai kau..macam ni ke yang dinamakan kawan, kau hanya ada ketika senang sahaja.kau tak pernah pun fikir kesusahan orang lain.kau tak pernah nak faham kesusahan orang dan kau tak tahu apa yang orang lain rasa dan alami..kau tak layak dipanggil kawan. Allah itu Maha Adil. kau akan rasa apa yang orang lain rasa satu hari nanti dan masa tu lah, kau akan datang untuk meminta kemaafan. Hidup ini bagaikan roda,bila2 masa sahaja kau akan jatuh. bila kau dah jatuh baru kau akan cari kawan yang selama ini kau kutuk, kau hina, kau tengking, kau maki padahal orang yang kau buat,tu lah kawan yang akan bantu kau saat kau jatuh. waktu itu, baru kau akan kenal siapa kawan2 yang kau sebenarnya. selama ni aku senyap dan pendam tapi hari ini, aku nak luahkan segala2nya.
AKU MENUNGGU KARMA !!!!